Kongsi Di -

Pilihanraya kembali lagi diringi semangat dan azam rakyat untuk melihat Malaysia berjaya dengan harapan baru.

Kini masanya untuk kita semua gagahi satu impian, sebagai rakyat Malaysia yang bersatu. Kita semua adalah rakyat yang sayangkan negaranya. Kita semua mahu berbakti dan berjasa pada ibu pertiwi. Kita semua mahukan Malaysia yang lebih makmur dan terbaik dari semua segi. Kita adalah rakyat Malaysia yang mahukan perubahan yang lebih baik.

Sokongan anda kepada Pakatan Harapan menjadi kekuatan kita bersama. Setiap undi yang diberi mendorong ke arah negara yang lebih mantap dan bermaruah. Jadilah rakyat Malaysia yang mahukan impian ini menjadi kenyataan. Kita semua adalah Patriot. Sama-samalah kita tunjukkan kepada dunia semangat sayangkan Malaysia, negara kita yang tercinta ini.

Saya berdiri teguh bersama Tun Dr. Mahathir
dan Pakatan Harapan pada 9 mei