Kongsi Di -

Polisi Data Peribadi

Privasi anda penting bagi kami. Oleh itu, kami mewujudkan polisi ini agar anda memahami bagaimana kami mengumpulkan, menggunakan, berkomunikasi dan melindungi maklumat peribadi anda.

Berikut adalah garispanduan polisi data peribadi kami:

  • Kami membuat aplikasi ini untuk mencipta sebuah komuniti sokongan, yang bersatu dalam harapan akan masa depan yang lebih baik. Kami hanya mahu mengumpul pungutan suara agar dapat memberi sokongan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan semasa pilihanraya umum 2018 nanti.

  • Kami mengumpulkan maklumat dari anda semata-mata bertujuan untuk mengambil pungutan suara yang sah. Jika ada untuk tujuan lain yang berkaitan, kami akan mendapatkan persetujuan dari individu yang terlibat seperti yang termaktub di dalam akta Personal Data Protection Act 2010.

  • Kami cuma akan menyimpan maklumat peribadi hanya selama mana diperlukan untuk memenuhi tujuan ini.

  • Kami akan mengumpulkan maklumat peribadi dengan cara yang sah dan adil dan hanya dengan pengetahuan atau persetujuan dari individu yang berkaitan.

  • Data peribadi harus relevan dengan tujuan yang akan digunakan, dan juga tepat, lengkap dan terkini.

  • Kami akan menyediakan maklumat untuk anda tentang polisi dan pelaksanaan yang berkaitan dengan tadbir urus maklumat peribadi kami. Kami komited pada garispanduan ini untuk memastikan bahawa kerahsiaan maklumat peribadi anda sentiasa dilindungi dan dijaga dengan bijaksana.